Menuju Puncak #8


Bukit Jengka (030524)
Aku tak pernah dengar tempat ni tiba si Dina hantar link fb fasal Bukit Jengka dan tempat ni menarik perhatian aku sebab dekat kaki bukit ada penginapan. Im amazed Felda Jengka ada tempat ini. Aku share gambar hotel kitorang tidur. 

Tersangatlah unplanned trip ni. Masing-masing postcall dan memang balik dari hospital pun dah petang 😭 sebab waktu ni tengah ketandusan buruh ye hahaha so kena settle kan kerja yang pending memang jam 4 la kau balik. Kenangan betul. Balik rumah tidur dulu. Kitorang literally gerak jam 9 malam 🫠 yang penting bukan aku la drive. Sampai-sampai terus check in bilik. Terus sambung tidur yang tergendala. 

Keesokan paginya memang terlajak. Tapi semangat hiking tu tetap ada walaupun matahari dah mula menonjolkan dirinya. Dan selepas 30 minit berusah menempuh onak dan duri untuk sampai akhirnya kami sampai ke puncak bukit jengka. Takde la onak dan duri mana pun. Tracknya nice easy saja sesuai untuk beginner. Semput la jugak sebab lama sangat menganggur kan. Tercapai jua la hajat nak naik bukit. 



 

Ulasan

Catatan Popular