24 jam sebelum hari berperang
Jantung mengepam darah bagai mau meletup.
Itulah perasaan aku saat ini.
Esok adalah pemula hari untuk aku berjuang mendapatkan sekeping kertas.
Walau sekeping kertas tetapi nilainya lebih besar berbanding emas.
Hanya penat jerih dan pertolongan Tuhan yang mampu membeli sekeping kertas itu.
5 tahun yang cukup dengan segala rasa dan penambah rasa bakal tamat dan dirindui oleh diri yang kerdil ini.
Terima kasih Ya Allah untuk nikmat yang tidak ternilai ini. Terima kasih untuk segala peluang yang Engkau bentangkan pada hambaMu yang hina ini. Terima kasih kerana hadirkan insan-insan yang hebat dan sentiasa dorongkan aku padaMu. Kau makbulkanlah permintaan hambaMu yang lemah ini 🥺
080823 (uniklrcmp)
Jam 0053

Ulasan
Catat Ulasan