Menuju Puncak #7
Gunung Kerunai, Gerik (040223)
Assalamualaikum semua.
Harini baru dapat share trip Gunung Kerunai semalam setelah aku pengsan 12 jam 🤣🤣🤣.
Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hajat aku nak naik Kerunai setelah 2 tahun menanti. Terima kasih Auni tolong arrangekan semua benda 😭 dan terima kasih kepada semua geng-geng hikers menjayakan trip kali ni. Sanggup datang dari jauh semata-mata nak naik Kerunai. Terima kasih jugak Kak Ekin sabar menjadi sweeper kami yang lambat ni 😅. Ni lah muka-muka gembira bila dah sampai puncak bersama sweeper kami, Kak Ekin.
Gunung Kerunai ni antara hotspot orang suka naik sebab view awan karpet yang cantik dan ada satu view lagi iaitu view Gunung Kenderung (gambar first). Terletak di Gerik, Perak. Berketingfian 1000 meter asl. Jarak perjalanan pergi dan balik kira-kira 5.65 km. Aku dan beberapa orang kawan aku mengambil masa 2 jam 35 minit untuk sampai ke puncak. Ada yang sampai dalam 2 jam (yang ni memang padu mati aku kalau nak ikut pace diorang). Aku bagi rate 7/10 sebab track nak turun aku tengok pun aku dah surrender. Tetapi hidup mesti diteruskan. Aku turun dalam keadaan terpaksa. Mencik tau. Tak terfikir nak record video ke apa. Sebab otak suruh turun cepat2.
Nak naik gunung Kerunai kena ada permit. Kitorang upah malim gunung dan semua permit dia tolong settlekan. Meetpoint dekat Kedai Kari Kepala Ikan Salim. Dari situ kitorang gerak sama-sama ke parking kereta yang disediakan oleh orang kampung situ kot la. Dari parking kitorang naik lori (lori disediakan) untuk pergi ke starting point. Kitorang naik kira-kira dalam jam 2.50 pagi.
Mula-mula naik tu memang pacak gila ah. Tapi tak berasa sangat mental tu sebab gelap time tu. Tapi tau lah kiri kanan gaung 😭 semua sekali ada 4 checkpoint sebelum sampai puncak. Nak sampai ke checkpoint 1 dan 2 paling mencabar fizikal dan mental. Kat situ la track berbatu-batu. Naik satu hal. Turun lagi satu hal. Nak repeat Kerunai lambat lagi kot. Tapi fully recommended untuk yang tak pernah naik lagi. Bagi aku part turun la susah sebab aku memang ada masalah dengan turun. Kena cari kasut yang sesuai dengan kaki kita. Kasut tak sesuai memang mental la turun tu. Rasa nak guling-guling je sampai kaki gunung tu. Apapun puncak Gunung Kerunai berjaya kutawan. Kembali ke alam realiti 🥺.
Awan karpet tu kira rezeki la sebab ada je hari-hari yang takde awan karpet lagi-lagi kalau hujan. Tetapi bumi Allah ni cantik. Tengok gunung-ganang pun rasa tenang je. Alhamdulillah impian aku tercapai untuk tengok awan karpet. Cantik sangat Tuhan je yang tahu. Alhamdulillah untuk semua nikmatMu Tuhan. Waktu sampai tu gelap lagi jadi dapat lah tengok bintang-bintang bemergelipan di dada langit. Indah betul waktu tu (mod jiwang sila abaikan). Momen yang akan dirindui. Layan la awan karpet kat bawah ni.
Di checkpoint 3 bersama dari kiri mun, kembar, raf dan jijoh. Ni lah muka-muka barisan paling belakang 🤣.
Sayang takde gambar waktu turun sebab memasing memikirkan nasib sendiri. Orang lain semua sampai dulu dah. Sekian itu saja cerita pengalaman naik Gunung Kerunai. Fokus pro pulak. Fighting!!!

Ulasan
Catat Ulasan