Seikat Kembang Merah


Assalamualaikum. Hai korang semua!
Harini rasa tergerak nak menulis tentang buku dalam gambar di atas. Karya daripada Imaen. Antara penulis underrated sebab tak ramai pembaca yang hype buku-buku dari penulis ni. Karya pertama Imaen yang aku baca adalah Vendetta, itupun aku dah lupa dan lepas dari tu aku tak pernah beli dah buku beliau. Tiba-tiba pada hujung tahun 2018 pihak Jemari Seni umumkan yang diorang nak tutup syarikat penerbitan mereka. Aku pun sedih la tetapi diorang ada buat jualan penghabisan stok dengan menjual sekotak buku JS berharga RM50 dan ada 50 buah buku dalam kotak tersebut. Maka aku pum beli lah. Nak dipendekkan cerita (sebab macam panjang sangat kan) dalam kotak tu ada buku Imaen yang bertajuk Gedebe. Melihatkan kepada cover buku, aku rasa macam tak menarik tetapi magis berlaku pabila aku baca mukasurat pertama aku terus jatuh cinta dengan gaya penulisannya. Bukunya bukan sebarang buku, ianya sarat dengan ilmu. Dan aku membuat tindakan drastik untuk beli semua bukunya. Sekarang ada satu je lagi bukunya yang belum sampai. 

Samalah seperti buku di atas, bila tengok tajuk dan cover rasa macam buku apa ni hahaha. Tetapi sebab tu ada pepatah orang putih berkata don't judge book by its cover dan pepatah orang melayu tak kenal maka tak cinta. 

Aku cerita la sedikit sinopsis buku ni.
Novel ni mengisahkan Gary, nama macam orang putih tetapi orang Kelantan sebenarnya. Si Gary ni terjatuh hati dengan Tahani, seorang ahli farmasi dekat dengan kedai dobinya. Jadi masalahnya ialah si Gary ni seorang yang memang dah tersasar jauh lah. Dia tak mengamalkan ajaran Islam walaupun dalam IC berstatus Islam. Walhal si Tahani seorang yang alim dari keluarga yang warak. Bermacam lah cara Gary nak memikat si gadis pingitan ni. Tetapi banyak penghalangnya antaranya Nina, kawan tetapi mesra Gary. Nina sangat tergila-gilakan Gary. Jadi siapa yang akhirnya menjadi pilihan Gary? Nak tahu baca lah sendiri. 

Keseluruhannya aku berpuas hati dengan jalan ceritanya. Ending yang tak klise bak kata orang. Bukan hanya sekadar cerita percintaan antara seorang lelaki dan perempuan yang tak kesampaian disebabkan orang ketiga. Ianya lebih dari itu. Mesejnya sampai. Bila Gary memilih untuk bertaubat, aku pun turut untuk jadi lebih baik. Sampai macam tu kesannya pada aku. 

Ada satu babak dalam novel ni mengetengahkan isu istilah 'islamik' yang selalu diguna pakai oleh orang-orang marketing. Aku sangat suka dengan apa yang dikatakan oleh Imaen. Kenapa kita nak letak perkataan islamik pada sesuatu benda tu ataupum claim produk mesra muslim. Contohnya novel islamik. Kenapa nak ada perkataan islamik. Dah memang kalau penulisnya mengaku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, maka secara automatiknya novel tu mesti lah berlandaskan islam. Tak kisah lah sama ada novel cinta ke fantasi, semuanya berasaskan prinsip yang sama. Lagi bagus sekiranya dalam buku tu diselitkan sedikit dengan dakwah. 

Ok itu ajalah yang aku nak cerita. Mukadimah tadi panjang sangat. Jadi meleret-leret dah. Apa-apa pun sila lah cuba menghayati novel seikat kembang merah ni. Aku jamin korang suka. Konfiden sangat kan. Dan sedekahkan al fatihah untuk arwah Imaen, semoga dengan manfaat ilmu dari penulisannya, beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman Amin.


Ulasan

Catatan Popular