Menuju Puncak #5




Bukit Senorang, Kg. Dato Seri Hamzah
Kemayan
(030922)

Alhamdulillah, semalam telah diberi keizinan oleh Allah untuk sampai atas Bukit Senorang ini. Bukit ini terletak di pekan Kemayan di dalam kawasan sempadan daerah Bera-Jempol. 

Aku pergi dengan sepupu-sepupuku. Jarak dari rumah aku ke pekan Kemayan dalam 30 minit. Kitorang mula mendaki dalam 7.15 a.m. Berangannya nak tengok matahari terbit tetapi matahari tak mau tunggu kitorang. Tracknya santai-santai 2/10, hanya jalan merah sebab dalam kawasan ladang kelapa sawit. Nak buat anak-anak beriadah sangat sesuai cuma bila nak sampai di puncak jalan berbatu sedikit dan perlu menggunakan tali yang disediakan. Kitorang sampai dalam 8.15 a.m., kiranya 1 jam perjalanan naik. Untuk turun semula kami ambik masa dalam 45 minit untuk sampai ke kaki bukit.

Pada bulan Mac yang lalu, Bukit Senorang telah diwartakan sebagai tempat rekreasi sekaligus menjadi kawasan tarikan pelancong bagi daerah Bera. Kalau bernasib baik boleh tengok awan karpet dari puncak tetapi semalam kitorang tidak direzikan dapat tengok awan karpet. Ada tetapi sedikit sahaja. Bukit Senorang berketinggian 326 meter dari paras laut. Ada dua tempat yang cantik untuk ambil gambar. Yang di kawasan batu putih sangat la lawa untuk ambil gambar. Berlatarbelakang pekan Kemayan dan pokok-pokok kelapa sawit. 

Apa-apapun bukit ini sangat worth it untuk dicuba untuk para hikers. 


Ulasan

Catatan Popular