Bangkit

Pejam celik pejam celik harini dah Sabtu. Masa hari Isnin haritu rasa masa tu bergerak lambat sangat tetapi tanpa kita sedar masa tu berlalu sangat cepat. Hari selasa ada bedside teaching dengan Dr. M, kelas pertama setelah 2 bulan cuti. Emosi waktu ni memang bercelaru agaknya bercampur dengan debaran. Lepas dah kena brainwash, aku dah tahu kenapa aku pilih kerjaya ni. Jujurnya aku tak kuat tetapi aku tahu Allah ada. Aku tahu cabaran di masa akan datang lagi hebat tetapi aku tahu Allah ada. Sentiasa ada untuk makhlukNya. Akhirnya terserah kepada kita nak mintak pertolonganNya atau tidak. Selama aku hidup 23 tahun atas muka bumi ni, semuanya adalah kehendak Allah yang Maha Esa dengan asbab-asbab daripada doa-doa mak ayah dan orang-orang sekeliling. Itu adalah antara penguat semangat aku. Semoga penamat kepada perjalanan yang panjang ini indah-indah belaka untukku. 

Ulasan

Catatan Popular