Ayah
Ini adalah buku kedua Andrea Hirata yang aku baca selepas Guru Aini. Perasaan kali ini setelah menghabiskan patah-patah perkataan dari helaian muka surat terakhir, aku rasa tak cukup. Aku perlukan lagi bahasa-bahasa yang indah ini. Begitulah setiap kali aku selesai membaca buku-buku dari HAMKA, Tere Liye dan termasuk Andrea Hirata. Karyanya memang automatik masuk dalam antara tangga teratas penulis kegemaranku.
Buku ini mengangkat tema kasih sayang, kekeluargaan dan persahabatan. Tema-tema sebegini memang amat dekat dengan kita. Kasih sayang Sabari kepada anaknya sangat menyentuh perasaan aku walaupun Zorro itu anak tirinya. Cinta dan kesetiaan Sabari kepada Marlena mungkin agak keterlaluan untuk kita yang berada di dunia realiti. Ramai orang akan kata itu cinta yang gila. Tetapi tidak mustahil cinta sejati sebegitu wujud di dunia ini. Sebenarnya aku dah lupa macam mana perasaan selepas baca tu sebab sekarang tengah sibuk dengan kelas. Apapun buku ni sangat sesuai dengan orang yang sentimental. Kalau yang berjiwa keras dan sentiasa berfikiran logik agak sukar untuk hadam watak-watak dalam cerita ini. Ok itu sahaja.

Ulasan
Catat Ulasan