Menuju Puncak #4


Bukit Keluang, Besut
(050822)

Aku hampir terlupa nak tulis kat sini projek menuju puncak aku baru-baru ni semua sebab sibuk menambah isi perut je kerjanya.

Syarat lulus year 4 kitorang kena buat elektif di mana-mana hospital ataupun klinik pilihan kitorang. Jadi disebabkan nanti waktu kerja memang susah nak bersama-sama dengan sahabat-sahabat kesayangan, maka aku pun pilihlah untuk buat di HUSM. Ramai la kawan-kawan aku buat kat situ dan alhamdulillah tak salah pilihan aku dan yang penting ada Haziqah 😝.

Orang kata, menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan kan. Maka waktu hujung minggu pertama di bumi Kelantan, aku dengan kawan-kawan aku bersetuju la nak naik Bukit Keluang yang terletak di Besut, Terengganu. Walaupun terletak di dalam negeri Terengganu, tetapi kebanyakan orang kat situ kecek kelate sebab memang sempadan dah dengan Kelantan. Dan kebetulan kawan aku memang duduk dekat Besut, dia la jadi tour guide kitorang. 

Bukit ni memang untuk santai-santai sebab memang ramai orang beriadah di situ. Orang menjual pun ramai di kaki bukit tu. Bukit ni berketinggian 103m dari paras laut. Aktiviti banana boat pun ada sebab memang kaki bukit tu pantai. 

Pemandangannya memang cantik la sebab berlatarbelkangkan pantai dan laut yang membiru. Sangat menenangkan. Dari situ boleh nampak Pulau Rhu, Pulau Perhentian. Bersebelahan Bukit Keluang ialah Bukit Bubus. Kat situ tempat orang main paragliding. Tetapi belum rezeki aku nak naik. Yang penting Bukit Keluang berjaya aku tawan cehh. Menanti untuk projek seterusnya menwan puncak Bukit Larut insya-Allah panjang umur dan ada masa terluang sampai la sana. Gunung tunggu 5 tahun lagi. Mungkin dengan encik suami gituu kau.

Ulasan

Catatan Popular