Menuju pengakhiran ramdhan
Pejam celik pejam celik dah 22 Ramdhan harini. Hari kedua malam 10 terkahir ramdhan. Saat-saat yang ditunggukan para ahli ibadah seantero alam. Aku teringat waktu awal-awal aku bertekad nak mula tulis blog tahun lepas ada satu content yang aku dah siap buat tajuk iaitu memburu lailatul qadar tapi sampai kesudah aku tak buat pun content tu. Hahahahaha last2 aku delete je tajuk tu. Nampak la tahun lepas ramadhan aku macam mana. Tahun ni aku rasa tenang, alhamdulillah aku harap tahun ni lagi baik dari tahun lepas. Perasaan tu lain. Rasa gembira je. Aku harap tarbiah ramadhan kali ni boleh kekal selepas berakhirnya bulan yang mulia ni. Aku akan rindu detik-detik sepanjang dalam bulan ni untuk tahun 1443 hijrah ini.

Ulasan
Catat Ulasan