Abang Mesin Rumput

Aku tak tahu la kenapa. Memang dari zaman aku kecik-kecik dulu. Setiap kali cuti hujung minggu akan dengar orang mesin rumput pagi-pagi di saat matahari dah mula nak menjelmakan diri. Mungkin hari-hari aku bersekolah ada je orang mesin rumput. Tapi tak tahu lah kenapa memori bunyi mesin rumput tu sangat kuat dalam ingatan aku. Dan aku suka dengar bunyi tu sebab aku rasa tenang. Tenang bukan sebab apa pun cuma aku rasa bahagia. Entah la susah nak cerita macam mana perasaan tu. Satu sebab bila aku boleh mengahyati bunyi tu maksudnya pada waktu itu aku tak serabut hahaahah kalau sibuk mana sempat kita nak dengar apa yang ada dekat dengan sekeliling kita. Kedua, tandanya aku bangun awal pagi. Bangun awal pagi dan tak tidur selepas subuh memang tidak dinafikan sangat seronok. Kita akan rasa masa tu berjalan dengan perlahan je lagi-lagi sekarang bulan Ramadhan yang mulia. Banyak keberkatan-keberkatan yang kita boleh kutip di kala subuh.  



Sambungan posting di atas.
Setelah seminggu jejak Taiping,
011022.
Tak ada lagi bunyi abang mesin rumput setakat ni. Tetapi suasana kat sini pada hujung minggu tenang, damai dengan kicauan burung-burung disajikan dengan pemandangan gunung-ganamg yang terbentang berhadapan dengan rumah. Cukup. Satu perkataan menerangkan segalanya buat aku masa sekarang. 


Ulasan

Catatan Popular