2521

                            dari website ini

Semalam episod terakhir drama 2521. Aku bukan nak ulas tentang drama tu. Cumanya aku nak melepaskan meluahkan apa yang aku rasa selepas aku menonton drama ni. Apa yang aku boleh simpulkan drama ni menimbulkan perasaan benci sayang, pahit manis aku terhadapnya. Pedih tetapi kena telan. Aku cuba melihat dari sudut kaca mata yang lain tetapi tetap sakit yang aku rasa. Jarang sangat aku terikat dengan mana-mana drama yang aku tengok ye la kan bukan watak-watak tu berada di dunia realiti pun. Tetapi mungkin ada insan-insan yang pernah mengalami situasi-situasi yang dipaparkan dalam 2521. 

Persahabatan, percintaan dan kekeluargaan. Tiga perkataan ni memang tak lari dari kehidupan kita. Semuanya sangat berharga dalam hiduop seseorang. Tetapi kita lupa yang kesemuanya bukan hak kita. Semua pinjaman. Bak kata Hee Do(heroin). Tidak semua benda yang kita mahukan kita akan dapat. Persahabatan dan percintaan itu semua sementara, lebih kurang begini la ayat dia. Hakikat kehidupan memang Tuhan pun sudah tetapkan begitu. Penangan 2521 bagi aku memang sangat kuat la terhadap diri aku. Satu minggu aku perlu untuk move on. Na Hee Do dan Baek Yi Jin pun dah lama move on, tinggallah aku yang terkial-kial nak cari semula semangat aku. 

Aku salute penulis 2521, macam mana la agaknya perasaan dia bila sampai ke penamat cerita. Penonton ni pun terasa sakit apatah lagi yang menulisnya. Sudahla! Cukup aku terseksa begini (drama sekejap). Sampai noktah hujung ayat ni, aku akan lupakan semuanya.

P/s: Aku menulis sambil air mata merembes keluar. Lama aku simpan air mata ni. 

P/s: Maaf Dr. A saya mengelamun dalam kelas dr sebab drama 2521. Saya perlukan masa (Macam aku yang putus cinta ugh)

040422 (pustakarcmp)

Ulasan

Catatan Popular