Menuju Puncak #3

Bukit Liman Kati, Kuala Kangsar
(260322)

Aku baru habis posting forensik minggu ni dan memandangkan ahad depan ramadhan ya kareem akan tiba. Maka aku dan kawan-kawan aku pergi la panjat bukit. 

Destinasi kali ini agak jauh sikit dari Ipoh iaitu pekan Kuala Kangsar, bandar diraja Perak gittew. Pengetahuan am itu perlu diselitkan sekali ye. Dan terima kasih kepada uncle dan aunty yang guide kami waktu di Bukit Bangkong haritu kerana mencadangkan Bukit Liman Kati ni.

Serba sedikit perjalanan kami dari ipoh ke Bukit Liman. Kami bertolak dari rumah lebih kurang 5.30 pagi dan terus pergi ke masjid yang berdekatn dengan bukit tu. Kami sampai dalam 6.20 pagi macam tu. Sepatutnya awal lagi tetapi disebabkan tiba-tiba masa tu la lori plus rajin nak buat kerja habis jam. Tak pernah-pernah jam waktu subuh macam tu. Lebih kurang 35 minit saja perjalanan tu. Selepas dah solat kami pun bergerak lah ke kaki bukit memang betul berhadapan dengan MRSM Sultan Azlan Shah (Kuala Kangsar).  Kami mulakan pendakian pada 7.30 pagi.

Trip kali ini agak menggeramkan sebab ada banyak nyamuk hahaha. Ye lah dah kawasan kebun getah nak harapkan apa kan. Memang jadi penderma darah je la kau. Track memang dah dibina jadi ikut saja simen putih tu. Tempoh kami naik dan turun memakan masa selama 3 jam setengah. Jaraknya 7.5 km naik turun. Sepatutnya boleh 2 jam tetapi almaklum lah kami ini bukannya olahraga olahragawati. Semput tau tak. Tak cukup nafas rasa. Disebabkan syuruk sekarang awal, dalam 500 m dari kaki bukit kami dah boleh lihat matahari terbit. Malu-malu je dia nak naik. Kalau naik sebelum subuh dalam pukul 4 pagi boleh tengok matahari terbit di puncak. Selepas dah turun, kami pergi bermandi-manda di air terjun Batu Ampar. Aku tak mandi sebab aku malas nak salin baju maka kita menikmati je lah kesejukan air sungai Batu Ampar. 

Apapun aku sangat berpuas hati. Pemandangan dia hanya Allah yang tahu betapa cantik nya. Rasa tenang, damai bila kita bersatu dengan alam tu memang satu nikmat yang perlu kita syukuri. Tak boleh bayang kalau bumi ini tak ada bukit-bukau gunung-ganang. Sunyi sepi gamaknya alam ini. Impian nak tengok matahari terbit dan awan karpet tercapai gaiss. Alhamdulillah ala kulli hal. Dan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sama-sama menjayakan trip kali ini. Sayang korang. Harap ini adalah permulaan yang terbaik sebelum menyambut ramadhan kareem. Bertemu dalam trip seterusnya selepas raya puasa iaitu 2 bulan lagi. Insya Allah. 
                         nak acah sikit jerpp

Ulasan

Catatan Popular