Menuju puncak #2

Bukit Bangkong, Chemor, Perak
(200220)

Disebabkan sekarang aku tengah gilakan mendaki bukit (dan bercita-cita mahu menawan puncak kinabalu), maka aku akan abadikan di laman ini setiap kali aku mendaki. Bukit pertama aku tawan (aku memang suka over) adalah Bukit Kledang tetapi waktu itu tak terfikir lagi nak tulis dalam blog dan sebenarnya tak sampai puncak pun naik hahah. Jadi aku tulis yang ni dulu. 

Selepas selesai exam posting kedua, mental health tiba-tiba gian nak panjat bukit. Cadangnya nak naik Berekeh tetapi track nya mencabar. Maka kami pilih Bangkong ni dulu acah training dulu lah. Dan ternyata aku puas sebab dah setahun tak panjat bukit. Memang hilang semua beban di kepala. 

Alhamdulillah track nya mudah sahaja sebab kami pilih yang jalan tar dan ramai orang. Kalau dah biasa naik 20 minit boleh sampai. Ada jalan hutan juga tetapi kami tak cuba lagi. Mungkin lain kali pulak. 4 km je nak sampai puncak. Tingginya 312m paras laut. Memang sesuai untuk pemula dan kanak-kanak. Pemandangannya cantik walau tak ada awan karpet. Bumi tuhan mestilah cantik. Memang seronok. 

Satu kelebihan panjat bukit, kita boleh blend with the nature. Melihat kekuasaan Allah dalam menciptakan bumi ini. Subhanallah. Satu perasaan yang indah, damai. Hanya Allah sahaja yang tahu. 

Ulasan

Catatan Popular