Menghafal untuk newbie

Sebab sekarang tengah musim minggu exam. Maka nafsu nak menulis tu tiba-tiba lagi tinggi. Memang macam tu aku pun tak faham la awat jadi lagi tu. Dah beberapa hari dah idea ni berlegar-legar dalam kepala cuma tak berkesempatan nak mencurahkannya dalam ayat je. 

Minggu lepas aku agak sibuk sebab semua assignment kena hantar dalam minggu tu, memang berlari tak cukup tanah la gamaknya. Padah buat kerja last minute jugak sebenarnya. Bila sibuk ni, memang hafazan ke laut la jawabnya. Jadi aku tasmik satu muka surat je lah minggu lepas dengan Ustazah Nafisah. Walaupun nampak macam alasan kan tetapi memang betul-betul aku rasa malas bila sibuk dengan assignment, presentation bagai. Sekarang aku ulang balik juz 1 sebab dah tinggal lama. Ayat-ayat al-quran ni ada sesetengah yang sama (ada term untuk ayat macam ni nanti aku check balik). Muka surat 8 surah al-baqarah ni bagi aku keliru sikit sebab permulaan setiap ayat tu banyaknya sama; وَإِذ & ثُمَّ. Jadi Ustazah bagi la tips. Untuk muka surat lapan kita boleh reka formula supaya senang ingat. Sama la macam kita nak ingat subjek sejarah ke biologi ke, kan ada mnemonic. Al-quran pun kita boleh la guna cara tu. Sebagai contoh m/s 8 ni.

 وَإِذ وَإِذ وَإِذ ثُمَّ وَإِذ وَإِذ وَإِذ ثُمَّ  

Jadi senang la nak ingat. Kalau macam tetiba lupa boleh guna mnemonic ni. Senang la kalau kita tahu perkataan permulaan sesuatu ayat tu. Boleh la cuba untuk muka surat yang lain. Kalau memang tak jumpa tu ingat je lah cara manual hahaha. 

Satu lagi tips dari amateur macam aku ni. Aku selalu hafal makna perkataan dalam ayat. Perkataan yang selalu kita dengar la dan mudah nak ingat sebagai clue. Sambil-sambil tu bolehlah faham maksud ayat ayat tu apa. Bertambah lagi pahala kita. Bila faham kita boleh la tadabbur. Wallahu'alam. Setakat ni 2 tips tu je lah aku boleh kongsikan.

Ulasan

Catatan Popular