Tips maybe?

Aku bukan lah dari latar belakang pelajar sekolah agama ataupun keluarga yang alim. Cuma ada lah beberapa saudara mara yang bersekolah agama dan memang alim lah. Jadi memang agak sukarlah untuk aku nak ada baiah (suasana) yang sentiasa bersama al-quran. Tapi perlahan-lahan aku cuba untuk dekatkan diri dengan al-quran. Kita kena sedar yang kita ni berpijak di bumi yang nyata. 

Tak semua benda yang kita nak atau impikan akan datang pada kita dengan semudah petik jari. Sebab sampai sekarang aku masih struggle untuk terus istiqamah. Kadang-kadang rajin kadang-kadang malas. Walau rasa macam dah banyak usaha yang aku dah buat tapi pelik kenapa ya masih gagal untuk kekalkan momentum tu. Dan aku baru sedar tak semudah itu untuk mencapai kemanisan bersama al-quran. Tapi aku yakin 100 peratus yang Tuhan akan makbulkan juga doa aku cuma bila tu aku tak tahu hanya Allah yang Maha Mengetahui dan asalkan aku teruskan usaha. 

Antara tips dari aku yang hanyalah orang-orang biasa untuk sesiapa yang masih berjinak-jinak untuk menghafal al-quran:
  • Wajib untuk cari ustaz/ustazah sebab mereka adalah orang yang mahir al-quran dan percayalah korang akan lagi bersemangat untuk menghafal.
  • Bawa bertenang. Maksud aku jangan kalut untuk cepat habis atau hafal sekadar hafal. Kalau boleh hafal tu memang terus lekat dalam kepala. Senang cerita ulang sampai lancar ibarat korang baca al-fatihah. Kita bukan nak impress sesiapa pun, jadi tiada tekanan kat sini. 
Jadi dua ni pun sudah memadai. Memang 2 ni je yang aku buat setakat ni. Alhamdulillah bertahan sampai sekarang cuma lambat la. Aku dah masuk juzuk 2 patah balik juzuk 1. Sebab aku tak ingat dah juzuk 1 tapi tak ada masalah pun. Ikut pada kemampuan kita. 

p/s: masih susah untuk cari tajuk untuk setiap content blog

Ulasan

Catatan Popular