Catatan Rawak
Lusa, 27 hb bermula tahun keempat aku sebagai pelajar perubatan. Katakan ini mimpi tetapi hakikatnya inilah realitinya. Terasa macam baru sahaja lagi kaki ini melangkah masuk ke alam universiti 3 tahun yang lepas. Tiba-tiba sudah sampai di sini pengembaraan aku di institusi keilmuan. Entah la nak rasa apa pun tak tahu. Memikirkan segala apa yang dipelajari rasa takut untuk terus melangkah kerana terlalu berat tanggungjawab memikul ilmu itu untuk diaplikasikan ke dunia realiti. Ikutkan hati rasa mahu terus berada di sini, tidak bergerak kemana-mana tetapi mustahil lah untuk kita melawan fitrah masa yang akan sentiasa bergerak terus ke depan meninggalkan manusia yang terleka dengan masa dan bersama-sama dengan mereka yang sedar akan hakikat masa.

Ulasan
Catat Ulasan