Koflik Dan Konsensus
![]() |
| Gambar dari inche Google |
Assalamualaikum gaiss!!
Hari ini punya topik hasil daripada pengalaman aku semalam dan hari ini. Yang tahu je tahu (ytjt), baru swag hahaha. Cerita dia semalam aku bertengkar dengan seseorang yang puncanya sekecil kuman sahaja. Dan semestinya pada pendapat aku pihak lagi satu lah kan yang salah dan sebaliknya. Mana ada orang nak mengaku salah dan kalah. Jadi apa yang cuba aku nak sampaikan, dalam perhubungan kita dengan seseorang tidak kisah lah kan hubungan sesama keluarga, rakan karib, teman wanita atau lelaki. Mesti akan ada konflik dan itu pasti. Tanyalah mana-mana orang sekalipun, jawapannya mesti ada. Sebab itu lumrah, setiap orang ada pendapat dan persepsi yang berbeza-beza. Bila dua pendapat atau lebih bertemu akan datang konflik menyibuk sekali. Masing-masing mahu menegakkan pendirian mereka. Maka akan timbul masalah nak menentukan mana yang tepat dan kurang tepat atau yang betul dan salah. Di sinilah komunikasi yang berkesan diperlukan untuk meleraikan konflik itu dan mencapai konsensus atau bahasa mudah persetujuan dua pihak.
Dan salah satu pihak mesti mengalah atau merendahkan ego untuk mengaku kalah atau kedua-keduanya sekali mengaku kalah. Tetapi dengan cara yang betul lah. Berbincanglah dengan cara yang baik. Bukan dengan memberi provokasi. Tetapi yang menariknya kan, kalau konflik tidak wujud dalam hidup kita, hidup kita akan jadi hambar. Manusia memang memerlukan konflik supaya kita tidak sentiasa berada di zon selesa. Kalau setiap masa konsensus sahaja, hidup kita akan jadi bosan. Jika kita lihat drama pukul 7 petang atau mana-mana penulisan novel. Konflik merupakan salah satu elemen dalam plot penceritaan. Betapa pentingnya konflik dalam penghasilan karya supaya dapat menarik orang ramai untuk menonton atau membacanya dan tidak membosankan. Begitulah juga kehidupan kita yang penuh dengan konflik sama ada dengan diri sendiri ataupun orang lain.
Disebabkan aku tiba-tiba nak tulis tentang konflik ni, aku rasa nak ulas tentang teori konflik Karl Max. Kalau aku rajin baca lah haha.
p/s: sejujurnya gaduh lama-lama sumpah tak best, masa tengah marah je best gaduh. Sebab waktu tu bukan jadi diri sendiri, ada hasutan-hasutan makhluk tuhan yang lain menjalankan kerja. Awak saya minta maaf :)


Ulasan
Catat Ulasan