Random
Gambar tiada kaitan hidup dan mati. Hanya sekadar hiasan.
Assalamualaikum gaiss...
Memandangkan lusa aku exam. Maka aku nak menulis. Tapi tak tau nak tulis apa. Jadi aku tulis je lah apa yang terlintas di kotak fikiranku.
Waktu sambil-sambil tengah serabut jawab soalan past year tiba-tiba terdetik satu soalan dalam fikiran aku. Apa sebenarnya tujuan aku hidup atasa dunia ni? Cehhh klise kan soalan ni tapi jujur betul tu persoalan yang timbul tanpa sengaja. Mesti kau orang semua pernah juga tanya soalan ni kan. Menjawab kepada persoalan aku tadi tu. Adakah aku hidup ni hanya sekadar nak mencapai cita-cita aku menjadi seorang doktor. Memang ke arah itu saja ke tujuan aku diciptakan. Hahaha petanda bila kau stress dengan hidup. Memang hidup ni kena belajar je ke sampaikan benda lain kau rasa tak perlu buat. Belajar, belajar dan belajar. Kalau ambik bidang lain pun sama. Belajar apa yang kau perlu belajar je lah tak perlu belajar benda lain. Ataupun memang macam tu manusia ni diciptakan atas tujuan yang berbeza-beza sebenarnya.
Tetapi ternyata salah penyataan-penyataan aku di atas. Allah dah jawab dah persoalan aku dalam al-quran dalam surah Al-Dzariyat ayat 56-57. Boleh lah cuba buka mushaf al-quran. Apa jawapan Allah kepada persoalan aku tadi tu. Dia cipta kita dan jin iaitu makhluk-Nya adalah untuk beribadat kepada-Nya. Maka tujuan kita hanyalah beribadat.
Bila kita lihat perkataan beribadat tu, bukan bermaksud 24 jam berada di tikar sejadah. Ibadat itu luas. Ibadat itu sendiri maksudnya tunduk, patuh, memperhamba diri. Kita belajar itu pun dikira ibadat. Sebab apa? Menuntut ilmu itu suruhan Allah. Jadi betul tak itu tujuan kita. Ye jawapannya betul. Apa-apa yang mengikut suruhan dan tinggalkan larangan Allah itu ibadat.
Kesimpulannya, aku nak cakap kita boleh tentukan tujuan hidup kita ke arah mana yang penting berpaksikan pada satu iaitu beribadat kepada Allah. Jadi carilah sebanyak mana pun tujuan hidup kita. Sebagai contoh, aku nak jadi doktor yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Dalam masa yang sama nak jadi kaya sebab boleh tolong orang ramai. Luas sangat luas. Buat lah apa-apa yang boleh memberi kebaikan kepada diri kita dan orang lain. Selagi kita mampu buat kita buat. Tak semua benda kita mampu. Mungkin orang lain hebat dalam sesuatu perkara ni tapi kita memang tak pandai langsung. Tidak mengapa. Itu bahagian dia. Bahagian kita lain pulak.
Apa lah yang aku bebel-bebel ni. Hari ni Hari Arafah. Marilah sama-sama kita banyakkan berdoa di hari yang mulia ini. Wallahua'lam.
P/s: kalau nak rasa nak kongsi apa-apa silakan untuk komen di bawah 😁

Ulasan
Catat Ulasan