Tentang Kamu Review
Hello gaiss!!! Aku kembali. Hari ni aku nak cerita tentang buku yang dalam gambar tu. Tentang Kamu karya bang Tere Liye. Sebab semua orang panggil bang, aku pun panggil je la bang singkatan kepada abang. Ok cukup mengarut. Aku rasa berkobar-kobar nak ulas buku ni sebab baru habiskan semalam. 2 hari jugaklah nak sampai ke penghujung cerita. Aku beli buku ni dekat Ig:Ilovebuku. Dia memang jual banyak buku-buku Indo. Harga dia RM35 tak termasuk pos. Kalau tengok di Shoppee banyak kedai yang jual dengan harga harga yang murah. Kadang-kadang sampai 50% dari harga asal. Uolls jangan beli buku tu sebab tu buku bajakan. Sangat kesian ye dekat penulis penat-penat tulis orang boleh fotokopi je bukunya sesuka hati. Itu saja pesanan daripada rakyat yang marhaen tiberr.
Bismillah...
1) Buku ni cerita tentang apa?
Tentang kamu lah dah nama tajuk pun 'Tentang Kamu'. Tak jangan perasan ye. Buku ni sebenarnya ber-genre biografi. Biografi tentang siapa? Tentang kehidupan Sri Nangsih. Inilah watak heroin sebenar dalam cerita ni. Ceritanya bermula apabila seorang peguam yang bekerja di firma Thompson & Co, Zaman Zulkarnaen yang diberi tugas untuk selesaikan satu kes pembahagian harta seorang perempuan yang baru saja meninggal dunia iaitu Sri Nangsih la kan. Sri Nangsih ni meninggalkan banyak sangat harta dia yang bernilai 1 milion pound sterling. Kalau ditukarkan ke Ringgit Malaysia bersamaan 5 juta ye.
Jadi apa masalahnya kan kalau orang meninggal tinggalkan harta bagi je lah dekat warisnya. Kenapa sampai kena buat novel hahaha. Ini bukan drama yang klise di kaca tv yang kita selalu tengok tu tau, yang anak beranak rebutkan harta si mati. Masalahnya bila Sri Nangsih tidak meninggalkan apa-apa surat wasiat pun dekat peguam ni. Hanya notis menyuruh peguam membahagikan hartanya seadil-adilnya. Tak faham aku.
Dari situ maka bermulalah perjalanan Zaman untuk mencari siapa la waris Sri Nangsih ni sekaligus mencari surat wasiat yang belum pasti ada ke tidak. Bermula dari tempat kelahiran Sri Nangsih, Pulau Bungin ke Surakarta ke Jakarta ke London dan terakhir sekali Paris. Kenapa sampai ke Paris si Sri Nangsih ni bawa diri? Berjaya ke Zaman ni mencari waris Sri Nangsih? Yang tu semua anda kena baca sendiri. Kalau nak cerita dari A sampai Z memang sampai subuh esok tak habis. Jadi baca sendiri jangan malas! Kalau malas jugak boleh calling calling di talian hotline saya terima kasih. Aku cerita dari mula sampai habis. Dont worry.
2) Apa perasaan aku bila baca buku ni?
Perasaanku menjadi hiba mengenangkan kisah percintaan kita. Hambarnya. Eh sukatila blog aku. Perasaan aku bila baca buku ni bercampur aduk. Mixed feeling gituh. Aku rasa kesiannya Sri Nangsih ni. Apa malang sangat nasib kau ni. Kenapa hidup kau dipenuhi dengan kesedihan dan kemalangan. Faham tak! Mula-mula bahagia, sedih then bahagia balik end up sedih balik. Dan akhirnya baru aku faham hakikatnya yang manusia ni hidupnya memang sekejap berada di atas sekejapa berada di bawah. Tak pelik pun. Mungkin sekarang aku bahagia, masih ada keluarga yang lengkap, sahabat-sahabat yang baik, boyfriend eh tiber dalam masa sama ada orang yang tak bernasib sama macam aku. Dengan nikmat yang banyak tu pun aku belum bersyukur. Aku harap Allah masih sudi pinjamkan aku mereka dalam hidup aku sampai ke hujung nyawa aku. Memang baca buku ni mengalir lah air mata aku yang mahal. Cehh tak aku memang ratu air mata. Tapi kalau korang betul-betul menjiwai cerita ni korang akan rasa yang korang ni Sri Nangsih.
3) Apa yang semua orang boleh belajar daripada buku ni?
Pertama sekali yang aku sebut di soalan nombor 2 tu. Kehidupan ini ibarat roda. hidup kita memang TIDAK boleh lari dari masalah atau ujian. Kalau tiba-tiba ada orang cakap pada kau 'aku tak ada masalah'. Ketahuilah anda sedang diperbodohkan. Jangan percaya. Selagi kita ini memang namanya 'manusia' dan masih bernafas, selagi itu lah uijian tidak akan berhenti. Cuma yang membezakan antara kita adalah bagaimana cara kita menghadapi ujian tu yang membuatkan kita ni kadang-kadang orang tengok banyaknya masalah kau ataupun kau ni macam tak ada masalah langsung. Ngerti?
Kedua tentang kegagalan. Sri Nangsih ada berkata dalam buku ni 'kalau 1000x kita gagal 1001x kita kena bangkit'. Seruu sekali hahaha haa sudahla. Memang senang bercakap dari membuat. Betul la tu. Tetapi kita memang kena buat benda tu. Kalau tak sampai bila kita nak berada di takuk yang lama. Gagal tu biasa. Sekurang-kurangnya sekali kau akan pernah rasa gagal tu dalam hidup. Sebenarnya Allah tak kisah pun kita gagal sebab manusia memang bersifat lemah. Yang tak akan pernah gagal hanyalah Allah Yang Satu. Tetapi yang Allah kisahkan sebenarnya macam mana kita nak bangkit semula daripada kegagalan tu. Semua orang tau tentang ini tetapi kadang-kadang kita terleka dengan kegagalan tu. Sedangkan banyak je lagi kejayaan kita sebelum ni tetapi tetap yang satu itu kita duk sibukkan sampai tak sanggup dah nak bangkit. Aku harap kalau satu hari nanti jika aku ditakdirkan merasai gagal, aku baca balik post aku ni.
Ketiga, yihh banyak sangat lah. Sememangnya banyak sangat. Aku rasa cukup setakat itu saja dulu. Sebab nanti-nanti aku tulis di post yang lain. Mungkin aku akan baca lagi dan jumpa lagi pengajaran yang tersirat. Tiba-tiba boleh keluarkan falsafah sendiri ke. Kita tak tahu. Selain dari yang atas tu, kita boleh belajar tentang peguam harta (tak tahu lah istilah betul dia, kalau tahu boleh bagi tahu), tentang tempat-tempat di Indonesia (sediakan Google Maps di sebelah) dan juga perkataan baru (rajin-rajinlah cari maksud di google). Kita beruntung tau sekarang ada internet. Semua di hujung jari.
4) Boleh faham ke baca buku ni walaupun bahasa Indonesia?
Jangan risau kalau korang selalu menonton siri sinetron 2 petang TV3. Confirm 100% korang akan faham. Kalau yang tak layan sinetron takpe sikit-sikit lama-lama faham la tu. Kamus Indonesia atas talian ada jangan risau. Rajin tak rajin je kikiki.
p/s: Ulasan ini hanyalah dari kacamata seorang insan yang kerdil. Lah tiberr bermadah pulak. Tapi betul la. Jadi maafkan saya sekiranya pendapat saya mendatangkan ketidakselesaan kepada anda semua.
p//s: I should finish my case write up but I choose to write this piece of crap. Yihh peninglah!
p///s: aku tak puas lagi sebenarnya huwaaa tapi aku ada kehidupan lain juga sob sob.


From your description, I bet this is a very good book. Honestly, I love book with a background of someone from a village travelling to other countries, which this book is one of them. Actually it sparks our curiosity on the challenges and the purpose of them moving to different places. Their experiences and stories behind it are valuable to dig in. Especially those with names and successes, it will be such an inspiring story to read. Thank you my friend for introducing this kind of book to me. I also have one left unread hahaha but gonna read it soon😚
BalasPadamAwww thankk youu for your comment and tremendous support hehehe :) Hope you will enjoy this book later when you read it
Padam