Old Town White Coffee Hazelnut

                           Cc:Ni gambar google

Aku tak boleh tidur. Punca dia? Tu gambar kat atas tu. Penangan kopi ni memang tidak boleh bawa bincang. Dalam tempoh 2 jam 3 kali aku melawat toilet. So, memandangkan lambat lagi nak tidur, aku nak cakap fasal kopi. 

Jadi apa yang ada dalam kopi ni yang menyebabkan kebanyakan dari kita rasa nak terkucil lepas minum kopi. Jawapannya satu iaitu kafein. Kafein ni lah puncanya. 'It' is a drug actually. Sebab tu kadang-kadang kita jadi ketagih. And it is not only in coffee but also in tea and etc. 

Kalau dalam istilah perubatan kopi ni boleh dikategorikan sebagai diuretik. Diuretik ni fungsinya adalah untuk meningkatkan perkumuhan air kencing. Sebab tu kita jadi buang air kecil banyak sekali ya. Aku penat berjalan ulang-alik tandas. Kafein juga boleh menyebabkan kita punya degupan jantung jadi laju (tachcardia) dan berdebar-debar (palpitation). Jangan pelik kalau orang tu tangannya menggigil lepas minum kopi. 

Ulasan

Catatan Popular