Doa yang tidak didengari
220421
Assalamualaikum everyone(walaupun takde orang jawab 😅).Harini aku nak cerita pengalaman aku. Pendek tapi bermakna dalam hidup aku. Mesti korang pernah dengar atau baca yang berkaitan dengan jawapan Allah terhadap doa-doa kita. Jadi aku mahu ceritalah sebagai kenangan dan pengajaran untuk masa akan datang.
Harini aku ada bedside teaching(kelas di ward) dan giliran aku untuk bentang(read:present). Maka aku haruslah clerk(temu ramah pesakit) petang semalam. Aku pun dengan wajah keriangan terserlah di muka bangun awal pagi siapkan kerja yang tergendala dan aku pun pergilah hospital dalam jam 2.30 petang naik grab. Sampai di wad tingkat 5. Aku pun terus baca fail pesakit katil(jangan ikut perangai ni) depan sekali tetapi bila tengok kes tu aku takut nak ambil. Jangan ikut ye perangai ni buat mana-mana pelajar medik. Maka dengan yakin aku pun berlalu pergi ke katil pesakit yang lain.
Setelah berlalu beberapa katil pesakit yang lain tiba-tiba Allah membuka hijab aku terhadap seorang insan ni. Badan dia besar(dalam hati mesti ada kencing manis). Waktu tu dia tengah tidur. Aku pun tunggu la depan katil dia sambil-sambil baca fail dia. Bila baca tu dalam hati menarik pesakit ni. Aku pun mulakan perbualan tetapi dan2 tu juga ada doktor nak attend pesakit ni dan aku pun memberi laluan.
Aku tinggalkan pesakit tu dan pergi perjumpaan dengan mentor. Balik dari perjumpaan tu aku tengok katil pesakit tadi dah kosong ðŸ˜. Masa dah la tidak mengizinkan. Dah sampai had seorang lylie izzryn sebab dah jam 5 petang. Keluarlah air mata insan yang lemah ini sebab aku tak jumpa dah kes yang sesuai. Aku pun balik rumah sambil ditemani hujan yang turut menangisi nasibku.
Balik rumah aku siap berdoa lagi. "Ya Allah permudahkan lah urusanku. Bagi lah aku peluang clerk patient tu. Rabbi yassir wala tuasir". Dalam pukul 7 lebih aku pun pergi semula wad. Tapi aku dah bersangka baik dengan Allah. Dia lebih tahu. Dan memang sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Nak dijadikan cerita pesakit tu memang tak ada dalam wad tu.
Disebabkan dah tiada pilihan, aku clerk pesakit yang katil depan sekali tanpa ada pengharapan. Dan Allah mudahkan sangat urusanku. Makcik tu baik sangat dengan aku. Sangat memberi kerjasama. Aku bersyukur sebab dapat belajar benda baru juga dan orang lain dapat manfaatnya juga.
Kat sini aku nak pesan. Waktu kita rasa macam susah sangat hidup ni. Semua benda tak mengikut perancangan kita walau kita dah berdoa pada Tuhan tapi kenapa rasa tak makbul doa aku ni. Pada masa tu, apa yang kita boleh buat adalah kita diam tarikh nafas nak nangis pun nangislah. Kita minta dengan Allah supaya dipermudahkan segala hal kita dan waktu tu kita bersangka baik yang Allah akan mudahkan kita walau kita rasa susah macam mana sekalipun. Allah menurut sangkaan hambaNya. Dan Allah jawab doa kita dengan 3 jawapan.
1. Allah beri apa yang kita minta
2. Allah tangguhkan dulu apa yang kita minta
3. Allah gantikan dengan yang lebih baik dari yang kita minta.
Wallahu'alam.

To be a person who has faith in Him is not easy. I’m glad you did it my friend. Thats the most valuable thing to be appreciated despite the ease✨ Omar Suleiman once said “Sometimes its good to just thank Allah for teaching you how to thank Him”☺️
BalasPadamI like what he said...true it also one of the nikmat that we often forgot. thank you for sharing it with us.
Padam