Memburu Hafizah (Part 2)
Ok sambungan daripada bahagian yang pertama. Bermula kehidupan aku di MRSM, impian aku tadi terkubur serta merta tetapi nak dijadikan cerita walaupun sekolah aku MRSM primer tetapi untuk melahirkan pelajar yang holistik yang bukan sahaja baik di akal tetapi rohaninya baik jugak, maka diwujudkan satu program iaitu program mini ulul albab. Setiap tingkatan ada surah-surah yang perlu dihafal dan di tasmik oleh ustaz atau ustazah pendidikan islam kelas masing-masing. Ada lah rasa seronok sedikit. Dalam hati berkata 'ok la tu tak banyak sikit pun jadi'.
Aku pun menghafal la Juzuk 30 tetapi separuh je la sebab aku hafal lambat dan jadual di MRSM pun padat. Kami tiada waktu khas untuk menghafal. Selalunya waktu maghrib je lah waktu senggang. Yang lain sendiri-sendiri pandai cari.
Hafazan aku pegun sampai situ ja. Sehingga lah aku memasuki tingkatan 4. Waktu tu, kami diwajibkan menghafal surah As Sajadah dan Al Insan (walaupun tak wajib mana). Awal-awal tu aku rasa malas nak hafal. Tetapi setiap kali Subuh berjemaah hari Jumaat, ada seorang ustaz ni, beliau memang suka baca surah As Sajadah san beliau baca amat lambat sekali ye. Aku memang akan pergi ke alam lain la waktu tu. Jadi apa aku buat, aku cuba lah hafal surah As Sajadah tu dengan niat nanti solat subuh hari Jumaat aku tak akan mengantuk dah. Lalu aku pun berjaya la hafal As Sajadah.
Mulai saat tu, rasa semangat nak menghafal kembali dalam diri aku. Seterusnya aku berjaya menghafal surah Al Insan. Bila dah boleh hafal surah panjang, aku cabar diri sendiri untuk hafal juzuk 1. Naik tingkatan 5, aku cuba hafal Al Baqarah perlahan-perlahan. 9 muka surat aku berjaya hafal sepanjang tahun tu. Habis SPM, hafazan aku sepi diawa angin sepoi-sepoi bahasa oleh kemalasanku.
Selepas hampir 4 tahun baru lah kesiriusan aku untuk menghafal datang kembali. Ramadhan 2020, aku cuba hafal Juz 29. Alhamdulillah 'ala kulli hal aku dapat hafal 3 surah. Masuk tahun ketiga di UniKL, aku cuba cari guru untuk tasmik hafazan aku secara atas talian. Lalu Allah datangkan kepadaku seorang insan bergelar Ustazah N untuk menjadi guruku. Satu nikmat yang aku syukuri teramat sangat. Rasa ketandusan ilmu agama tu terubat dengan berguru. Ini semua kuasa Allah dan perancanganNya. Lama aku berfikir untuk berguru, akhirnya Allah gerakkan hati aku untuk cari di Google. Aku tak akan pernah menyesal dengan tindakan aku ini insha Allah.
Sekarang aku masih cuba mengadaptasikan menghafal al quran dalam kehidupan seharian aku. Masih perlukan istiqamah dan kerajinan. Memang susah tapi aku tak akan pernah putus asa. Setiap minggu aku akan hantar walau sepotong ayat hafazan. Walau sibuk macam mana sekalipun aku. Aku dah mulakan aku harus mesti wajib selesaikan perjuangan ni selagi nyawa dikandung badan.

Ulasan
Catat Ulasan