Apa yang paling penting?
Assalamualaikum rakan pembaca sekalian.
Memandangkan aku baru selesai musim peperiksaan, maka ada lah sedikit ruang untuk menulis di blog ni.
Berbalik kepada tajuk di atas. Apa yang paling penting dalam menghafaz al-quran? Jawapannya adalah tujuan. Memang dalam apa setiap yang kita semua lakukan mesti ada tujuannya. Sebabnya kita diciptakan di atas muka bumi ni pun bertujuan. Sama lah seperti menghafaz al-quran. Jadi tujuan ni sinonimnya niat. Setiap perbuatan bergantung kepad niat.
Maka dengan itu, kita mestilah tetapkan niat kita terlebih dahulu. Dengan niat, kita akan terus bersemangat untuk capai target kita. Niat ni biarlah antara kita dan tuhan saja yang tau. Dan hanya Allah Yang Maha Mengetahuilah yang menilai setiap amal kita. Semestinya kita niatkan lillahitaala kerana itu adalah sebaik-baiknya.
Kalau dulu aku takut nak hafaz al-quran sebab akhlak tak mencerminkan seorang penghafaz, selalu cepat lupa, malas pulak tu nak mengulang. Sebabkan rasa-rasa tu lah aku takut nak mula. 2020 aku tekadkan diri aku untuk mula jugak. Macam mana sekalipun aku kena cuba melangkah juga. Kalau tak, tak kemana pun impian aku tu. Dan alhamdulillah sekarang aku selesa apa yang aku buat walaupun selalu kena paksa diri, walaupun masih lagi malas nak mengulang. Tapi perlahan-lahan aku cuba untuk rajinkan diri. Cuba untuk menjadikan menghafal itu tabiat. Insha Allah, Allah akan tolong kita semua. Sekarang masih lagi mencari cara-cara yangs sesuai untuk menghafal.
Jadi, untuk rakan-rakan pembaca jangan teragak-agak kalau ada niat untuka mengahafal al-quran. Ini adalah tiket percuma kita untuk menjadi ahli Allah. Wallahu'alam.

Ulasan
Catat Ulasan