Bibliofilia

Bibliofilia bermaksud seseorang yang sangat suka buku. Memang pantang jumpa buku mesti akan beli. Tak senang duduk kalau tak baca buku. Ke mana-mana pun akan bawa buku kecuali tandas la kan. Jadi untuk orang macam aku, aku lebih kepada suka tengok buku banyak-banyak dan memang pantang nampak kedai buku tapi nak menghabiskan bacaan tu lambat sikit sebab banyak benda lain nak buat. Aku tak sampai tahap bibliofilia lagi la. Dengan duit tenggelam timbul tak mau. Mana yang mampu aku akan beli la. 

Dengan membaca aku boleh lepaskan tekanan tetapi ada genre yang tertentu la. Selalunya novel fiksyen. Untuk menambah ilmu yang kurang, aku akan pilih bukan fiksyen. Setakat ni penulis yang aku suka sangat lepas baca buku mereka adalah HAMKA, Hlovate, Hilal Asyraf, Hasrizal Abd Jamil dan Tere Liye. Jadi ini adalah penulis yang aku memang minat gila. Yang lain banyak lagi tapi aku tak kisah pun kalau takde bukunya. Hahahaha. Buat masa sekarang HAMKA menjuarai carta tertinggi dalam hati aku. Gaya bahasanya yang lemah lembut dan penuh puitis memang buat aku cair la. Nanti aku cuba ulaskan buku HAMKA yang pernah aku baca. 

Aku minat membaca ni dari tadika lagi. Tapi buku-buku waktu tu banya pasal kanak-kanak la. Bila dah semakin besar, perlahan-perlahan minat tu bertukar jadi tabiat. Aku takde waktu yang khusus untuk membaca. Bila aku rasa lama dah tak membaca buku selain buku medik, aku akan capai buku di rak tu. Waktu cuti panjang semestinya aku akan cuba habiskan walau satu buku. 

Dulu aku membaca sekadar membaca untuk buang waktu. Tapi sekarang aku membaca kerana nakkan sesuatu yang berharga. Dulu aku sayang nak conteng buku tetapi sekarang aku rasa tak sabar nak conteng buku. Aku harap tabiat membaca ni akan kekal sampai bila-bila hingga hujung nafas. 


Ulasan

Catatan Popular